Isnin, 16 November 2015

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM (BAHAGIAN 3)

CARA MENGHORMATI IBU BAPA





Anak-anak hendaklah merebut peluang berbakti kepada kedua ibu bapa sama ada ketika mereka hidup atau selepas mati untuk mendapat balasan syurga.




Anak-anak mesti melayan ibu bapa dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang dan kemesraan walaupun berbeza agama dan kepercayaan. Anak-anak juga disuruh memohon keampunan dan kesejahteraan ubtuk ibu baik bapa baik semasa hidup ataupun selepas meninggal dunia.

Firman Allah S.W.T:


وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا (٢٤)


Maksudnya: "Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.'Wahai Tuhanku!' Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil." (Surah Al-Isra':24)


1 ulasan: